Cekuk manis
Cekuk manis

Cekuk manis

Cekuk manis (Jawi: ‏چکوق مانيس‎code: ms is deprecated ‎), cekur manis (Jawi: ‏چکور مانيس‎code: ms is deprecated ‎), cekup manis, taruk manis, cermela hutan dan asin-asin ialah tumbuhan renek yang dijadikan sayur daun di beberapa kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Daun cekur manis yang dipetik diperam atau dijeruk, dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Pokok cekur manis ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 m jika tidak dicantas. Namun, untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan, ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.[perlu rujukan]Ia merupakan sumber vitamin K yang baik.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis (akibat kepopularannya di Taiwan bagi mengawal berat badan pada pertengahan 90-an) mampu menyebabkan kerosakan paru-paru, akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverin.[4]Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan vitamin B dan C, protein, dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang.[5]

Rujukan

WikiPedia: Cekuk manis http://www.herbsarespecial.com.au/free-herb-inform... http://www.newcrops.uq.edu.au/newslett/ncnl9191.ht... http://mylittlevegetablegarden.blogspot.com/2009/1... http://content.karger.com/ProdukteDB/produkte.asp?... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9973690 http://www.nottingham.edu.my/Science/Eventsrecords... //doi.org/10.1159%2F000029336 http://www.echotech.org/network/modules.php?name=N... http://www.leafforlife.org/PAGES/HONORABL.HTM http://www.theplantlist.org/tpl/record/kew-186394